ETIKA DAN MORAL

Kursus ini terbahagi kepada 8 topik.

Sinopsis untuk setiap topik adalah seperti yang disenaraikan berikut:

TOPIK 1: Membincangkan tentang konsep nilai, etika dan moral secara umum dan mengikut budaya masyarakat Malaysia.

TOPIK 2: Bahagian pertama menerangkan bagaimana proses pembentukan personaliti manusia terjadi. Ia terhasil daripada gabungan dua unsur utama iaitu dipengaruhi oleh peraturan masyarakat dan pendidikan secara formal. Manakala bahagian kedua adalah bagaimana untuk menangani masalah dalam kehidupan.

TOPIK 3: Membincangkan bagaimana manusia membuat sesuatu keputusan dan bertindak berdasarkan kepada sistem nilai dan teori. Keputusan yang dibuat memberi manfaat kepada individu itu sendiri atau memberikan manfaat kepada orang lain.

TOPIK 4: Topik ini amat panjang kerana ia melibatkan nilai-nilai etika dalam aspek aama yang diamalkan oleh masyarakat Malaysia. Agama Islam adalah agama rasmi Malaysia namun hasil daripada toleransi kaum dan etnik membolehkan semua agama dapat diamalkan secara harmoni di Malaysia. Antaranya agama Buddha, Kristian, Hindu, Confucius, Taoisme, Sikh dan Animisme bagi kepercayaan masyarakat Bumiputera. Penekanan utama dalam bab ini adalah nilai-nilai etika bagi setiap agama. Hasil perbincangan mendapati semua agama memfokuskan kepada nilai-nilai yang positif namun menggunakan pendekatan yang berbeza mengikut kepercayaan dan budaya masyarakat itu sendiri.

TOPIK 5: Topik ini amat penting kerana ia memberikan pendedahan nilai-nilai etika bagi sesebuah organisasi, keberkesanan kepimpinan dan bagaimana kepimpinan yang berkesan mampu untuk meningkatkan kemajuan bagi sesebuah organisasi. Ia juga menerangkan tentang fungsi pemimpin berdasarkan teori-teori kepimpinan yang terdapat di Malaysia.

TOPIK 6: Membincangkan etika dalam bidang Perkhidmatan Pentadbiran Awam. Etika yang diamalkan dalam sektor ini jarang diketengahkan sedangkan ia memberi sumbangan yang besar kepada masyarakat Malaysia dan meningkatkan imej negara.

TOPIK 7: Membincangkan nilai-nilai etika dalam pelbagai kerjaya profesional yang terdapat di Malaysia. Misalnya dalam bidang perguruan, kewartawanan, kedoktoran, perakaunan, pengurusan, perniagaan dan keusahawanan.

TOPIK 8: Membincangkan isu-isu semasa yang berlaku dalam negara yang bertentangan dengan nilai-nilai etika dan moral.